Protes Hong Kong: Aktivis utama Joshua Wong antara tiga ditahan hari ini

Firdaus Azil
Ogos 30, 2019 02:49 MYT
Wong (gambar) merupakan individu utama di sebalik protes pada 2014 yang telah melumpuhkan bandar raya Hong Kong selama 79 hari pada 2014.
Kumpulan pendesak demokrasi Hong Kong hari ini berdepan tekanan lebih besar apabila aktivis utama mereka, Joshua Wong ditahan pihak berkuasa buat kali kedua dalam tahun ini.
Parti politik yang dipimpin Wong, Demosisto mengeluarkan kenyataan melalui akaun Twitter rasmi yang menyebut bahawa setiausaha agung mereka itu telah ditolak masuk ke dalam sebuah kereta dan dibawa terus ke Ibu Pejabat Polis Wan Chai.
Demosisto berkata peguam mereka akan mengikuti kes itu secara rapat bagi memastikan Wong diberi keadilan sewajarnya.

BREAKING: Our secretary-general @joshuawongcf was just arrested this morning at roughly 7:30, when he was walking to the South Horizons MTR station. He was forcefully pushed into a private minivan on the street in broad daylight. Our lawyers following the case now.

— Demosisto (@demosisto) August 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wong merupakan individu utama di sebalik protes pada 2014 yang telah melumpuhkan bandar raya Hong Kong selama 79 hari pada 2014.
Beberapa bulan lepas, Wong dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara lima minggu atas kesalahan menghina mahkamah.
Dalam pada itu, Demosisto turut memaklumkan seorang lagi ahlinya Agnes Chow Ting juga ditahan di Ibu Pejabat Polis Wan Chai, namun tidak tidak dapat dipastikan pertuduhannya.
Pengasas Parti Nasional Hong Kong, Andy Chan melalui akaun Facebook rasminya turut memaklumkan dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.
#China #Demosisto #Facebook #Hong Kong #Joshua Wong #mahkamah #penjara #polis #protes #Twitter