DUNIA
Protes: LAPD larang perhimpunan di pusat bandar Los Angeles
Pada hujung minggu, seramai 56 individu telah ditahan berhubung protes yang sedang berlangsung. - AP
LOS ANGELES: Pihak berkuasa mengisytiharkan seluruh kawasan pusat bandar Los Angeles sebagai zon "perhimpunan haram" selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan penguat kuasa tercetus buat hari ketiga berturut-turut, susulan tindakan keras terhadap imigresen yang diarahkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
"Anda diminta untuk beredar dari kawasan ini dengan segera," menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) di platform X awal pagi Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pada hujung minggu, seramai 56 individu telah ditahan berhubung protes yang sedang berlangsung, menurut laporan polis.
Ketua Polis Jim McDonnell dipetik oleh media AS sebagai berkata bahawa "bilangan tangkapan setakat ini tidak seberapa berbanding apa yang bakal berlaku."
Pada Ahad, ketegangan memuncak selepas tindakan Trump mengerahkan Pengawal Kebangsaan dan secara kontroversi turut menggerakkan angkatan tentera biasa -- meskipun mendapat tentangan daripada pegawai tempatan.
Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan raya sebagai tindak balas terhadap langkah luar biasa itu. Pasukan keselamatan bertindak menyuraikan orang ramai termasuk menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah.
Bagaimanapun, kawasan lain di metropolis itu dilaporkan beroperasi seperti biasa, kecuali beberapa kawasan yang mengalami kekacauan terpencil di pusat bandar.
Protes bermula pada Jumaat selepas pegawai Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) menjalankan waran geledah di seluruh bandar, selaras dengan usaha Trump untuk mempercepat pengusiran besar-besaran pendatang haram.
Gabenor California Gavin Newsom menuduh pentadbiran Trump sengaja mencetuskan ketegangan dan bertindak secara tidak sah demi menggambarkan presiden sebagai pemimpin yang mengamalkan pemerintahan keras.
Gabenor daripada Parti Demokrat itu turut mengumumkan bahawa negeri itu akan memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan.
-- BERNAMA