awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Provokasi Israel iktiraf 'Somaliland' terima kecaman global

Bernama
Bernama
28/12/2025
03:00 MYT
Provokasi Israel iktiraf 'Somaliland' terima kecaman global
Terdapat kebimbangan meluas berhubung laporan bahawa rejim Benjamin Netanyahu merancang untuk menempatkan penduduk Gaza di wilayah Somalia. - Gambar fail Reuters
NEW DELHI: Provokasi Israel untuk mengiktiraf sebuah wilayah Somalia sebagai entiti "merdeka" menerima kecaman meluas di seluruh dunia.
Dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu, 21 negara termasuk Algeria, Mesir, Iran, Jordan, Kuwait, Maldives, Nigeria, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Somalia dan Turkiye, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menolak sekeras-kerasnya "pengiktirafan" Israel pada 26 Dis terhadap wilayah yang digelar Somaliland itu.
"Pengiktirafan terhadap sebahagian wilayah sesebuah negara mewujudkan duluan serius yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa, serta melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," menurut kenyataan itu.
Negara-negara berkenaan menolak sebarang langkah Israel yang bertujuan melemahkan perpaduan Somalia, keutuhan wilayah atau kedaulatannya ke atas seluruh wilayah negara itu.
Kesatuan Eropah turut menegaskan semula penghormatannya terhadap perpaduan Somalia.
"Kesatuan Eropah menegaskan kepentingan menghormati perpaduan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Somalia selaras dengan perlembagaannya serta Piagam Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," menurut kenyataan blok itu pada Sabtu.
Kesatuan Eropah berkata, ia menggalakkan "dialog bermakna" antara Somaliland dan kerajaan persekutuan Somalia bagi menyelesaikan perbezaan.
Dalam satu kenyataan, Kesatuan Afrika menyatakan Somaliland kekal sebagai sebahagian penting Somalia dan sebarang percubaan menjejaskan keutuhan negara itu akan mengancam ketenteraman serantau.
"Sebarang percubaan untuk melemahkan perpaduan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Somalia bertentangan dengan prinsip asas Kesatuan Afrika dan berisiko mewujudkan duluan berbahaya dengan implikasi luas terhadap keamanan dan kestabilan di seluruh benua," kata Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika, Mahmoud Ali Youssouf.
Beberapa negara turut memberi amaran secara terbuka kepada rejim Zionis supaya menghentikan provokasi dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
"Tindakan haram dan provokatif seperti ini merupakan pelanggaran nyata undang-undang antarabangsa dan bukan sahaja mengancam keamanan dan kestabilan negara Somalia, malah seluruh rantau," menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Terdapat kebimbangan meluas berhubung laporan bahawa rejim Benjamin Netanyahu merancang untuk menempatkan penduduk Gaza di wilayah itu.
Pakistan menegaskan, ia menolak "sebarang langkah yang bertujuan memaksa pemindahan rakyat Palestin dari tanah mereka dalam apa jua keadaan."
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Somaliland
#Israel iktiraf Somaliland
#provokasi Israel
#kecaman global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami