awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU2025 Singapura catat peratusan keluar mengundi 92.83 peratus - ELD

Bernama
Bernama
15/05/2025
20:00 MYT
PRU2025 Singapura catat peratusan keluar mengundi 92.83 peratus - ELD
Seramai 5,966 daripada 8,091 pengundi luar negara hadir di 10 pusat pengundian luar negara yang ditetapkan untuk membuang undi mereka. - Gambar AP
SINGAPURA: Seramai 2,438,610 pengundi telah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Singapura 2025 (PRU2025), mewakili peratusan keluar mengundi sebanyak 92.83 peratus daripada 2,627,026 pengundi berdaftar di semua bahagian pilihan raya yang dipertandingkan.
Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam satu kenyataan memaklumkan, angka itu termasuk undi luar negara yang dikira di pusat pengiraan di bangunan ELD pada Khamis.
ELD menyatakan, seramai 5,966 daripada 8,091 pengundi luar negara hadir di 10 pusat pengundian luar negara yang ditetapkan untuk membuang undi mereka.
Sementara itu, seramai 7,808 daripada 9,146 pengundi pos telah memuat turun undi pos mereka.
Daripada jumlah itu, 6,097 undi diterima di Singapura sebelum tarikh akhir yang ditetapkan dan 3,363 diterima untuk dikira.
ELD turut memaklumkan, jumlah keseluruhan undi yang dikira termasuk 42,945 undi yang ditolak.
Pada pilihan raya 3 Mei, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengekalkan majoriti dua pertiga, memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen, termasuk lima kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengundi
#peratusan keluar mengundi
#ELD
#pilihan raya Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan