awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan jemaah melecur, pendingin hawa masjid meletup

Agensi
Agensi
05/09/2020
03:45 MYT
Puluhan jemaah melecur, pendingin hawa masjid meletup
Jemaah masjid melecur akibat letupan pendingin hawa semasa solat Isyak di Dhaka pada Jumaat.
Sekurang-kurangnya 50 jemaah melecur selepas pendingin hawa meletup ketika mendirikan solat Isyak di sebuah masjid di Narayanganj, Dhaka, Bangladesh.
Letupan itu berlaku sekitar pukul 9 malam pada Jumaat di sebuah masjid yang terletak di bandar Fatullah, kata pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Kebakaran Haziganj, Morshed Alam.
Beberapa mangsa dilaporkan dibawa ke Institut Kebangsaan Sheikh Hasina di Dhaka.
Koordinator institut berkenaan, Dr Samanta Lal Sen berkata kepada Dhaka Tribune bahawa 38 mangsa terpaksa ditahan di wad kerana melecur dengan teruk.
Imam masjid itu, Imam Abdul Malek dan Muezzin Delwar Hossain juga antara yang turut dibawa ke hospital kerana kecederaan kritikal.
"Kebanyakan mangsa melecur antara 60 hingga 70 peratus," kata Pegawai Polis, Aslam Hossain dari balai Polis Fatullah.
Selain itu, menurut saksi, beberapa jemaah lain turut dilihat berlari keluar sebaik berlaku letupan manakala sebahagian besar ditemui terbaring di atas lantai masjid.
Seorang penduduk, Abu Talha berkata, ahli jawatankuasa masjid berkenaan baru-baru ini ada memfailkan aduan berhubung kebocoran pada bahagian saluran gas..
Topic Berkaitan
#Hospital
#India
#kebakaran
#letupan
#mangsa
#masjid
#melecur
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan