LIMA: Sekurang-kurangnya lima individu disahkan maut manakala lebih 10 yang lain cedera selepas gempa bumi sederhana melanda wilayah tengah Peru lewat Sabtu.
Institut Geofizik Peru (IGP) merekodkan gempa pada magnitud 5.1 dengan kedalaman 24 kilometer di selatan bandar Chupaca di wilayah Junín, manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan kekuatannya pada magnitud 5.5.
Kawasan yang menerima kesan paling teruk dilaporkan berada di wilayah Pumpunya dalam daerah Chongos Bajo, dengan puluhan kediaman penduduk runtuh sepenuhnya.
#Temblor
Internacionales 🇵🇪, un fuerte temblor de 5.5 ocurrió en Perú con epicentro al sur de Chupaca, el sismo causó varios daños en la ciudad de Huancayo, capital del departamento de Junín pic.twitter.com/s8Zrgv16Ry— We News (@wenewsec) July 19, 2026
🚨 SISMO DE 5.1 DEJA AL MENOS CINCO FALLECIDOS Y PERSONAS ATRAPADAS EN PERÚ
⚠️ Un sismo de magnitud 5.1 registrado la noche del sábado dejó al menos cinco personas fallecidas en la región Junín, informó la Policía de Perú.
🏠 El sector de Pumpunya, en el distrito de Chongos… pic.twitter.com/La27tDs5rw— ITR Oficial (@ITROriginal) July 19, 2026
Pihak berkuasa tempatan turut menyatakan kebimbangan kemungkinan terdapat mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang terjejas.
Gegaran kuat itu turut dirasai di beberapa kawasan berhampiran termasuk Huancayo, Concepción dan Jauja di Lembah Mantaro, selain menyebabkan gangguan bekalan elektrik.
Selain kerosakan harta benda, laporan awal turut mengesahkan beberapa ekor haiwan ternakan mati selepas dihempap runtuhan kandang.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta agensi pengurusan bencana kini giat menjalankan operasi menyelamat selain menilai tahap kerosakan infrastruktur di kawasan terjejas.