awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan keluarga hilang tempat tinggal, Israel serang bangunan tinggi di Gaza

Bernama
Bernama
09/09/2025
14:17 MYT
Puluhan keluarga hilang tempat tinggal, Israel serang bangunan tinggi di Gaza
Serangan ke atas menara kediaman di Gaza telah menyebabkan puluhan keluarga kehilangan tempat tinggal, ramai yang terpaksa berada di jalanan tanpa perlindungan atau keperluan asas. - Reuters
ISTANBUL: Puluhan keluarga Palestin kehilangan tempat tinggal selepas tentera Israel menyasarkan bangunan-bangunan tinggi di Bandaraya Gaza, utara Semenanjung Gaza menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.
"Serangan ke atas menara kediaman di Gaza telah menyebabkan puluhan keluarga kehilangan tempat tinggal, ramai yang terpaksa berada di jalanan tanpa perlindungan atau keperluan asas," menurut UNRWA di platform X.
Pada Jumaat lepas, tentera Israel mula mengebom bangunan bertingkat yang menempatkan ratusan orang awam Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Bandaraya Gaza, ketika Tel Aviv meneruskan rancangannya untuk menduduki seluruh bandar itu.
Dalam serangan terbaharu, tentera Israel pada Isnin menyasarkan Menara Salam dan Menara Al-Ruya di Bandaraya Gaza, bangunan bertingkat yang menempatkan ratusan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Agensi PBB itu berkata sekatan yang dikenakan oleh tentera Israel terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza memburukkan lagi "penderitaan mereka yang sudah kehilangan tempat tinggal."
"Kami mahukan gencatan senjata sekarang," kata UNRWA.
Israel telah membunuh lebih 64,500 rakyat Palestin dalam serangan kejam di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah berkenaan dan menyebabkan seluruh penduduknya berada dalam kebuluran.
November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan perbicaraan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung serangannya ke atas wilayah itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#serangan Israel
#Gaza
#genosid
#Palestin
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami