Puluhan maut dalam insiden rempuhan di upacara pengebumian komander Iran Qassem Soleimani

Agensi
Januari 7, 2020 10:22 MYT
Jenazah Qassem dijadualkan dikebumikan lewat hari ini. - Foto REUTERS/Alaa al-Marjani
Sekurang-kurangnya 35 maut dalam insiden rempuh dan berpijak-pijak sewaktu upacara pengebumian komander tentera Iran yang terbunuh, Qassem Soleimani hari ini.
Lapor siaran televisyen Iran, kekecohan tercetus selepas ribuan yang berkabung dengan kematian Qassem di bandar kelahirannya di Kerman telah merempuh sesama sendiri sehingga ada yang terpijak.
Selain 35 yang maut , 48 yang lain turut cedera.
Jenazah Qassem dijadualkan dikebumikan lewat hari ini.
Kematian Qassem dalam serangan dron tentera Amerika Syarikat telah membangkitkan kemarahan di rantau Asia Barat. - Agensi
BACA: Air mata pemimpin agung Iran 'tumpah' imamkan solat jenazah Soleimani
#Amerika Syarikat #berpijak-pijak #Iran #jenazah #Qassem Soleimani #rempuhan #tentera