awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan ribu hadir pengebumian wartawan Arshad Sharif

Bernama
Bernama
27/10/2022
22:15 MYT
Puluhan ribu hadir pengebumian wartawan Arshad Sharif
Orang ramai mengusung keranda wartawan Pakistan Arshad Sharif di Islamabad. - Foto AP
NEW DELHI: Puluhan ribu orang menghadiri pengebumian wartawan Pakistan Arshad Sharif di Islamabad pada Khamis.
Pengacara televisyen popular berusia 49 tahun itu ditembak mati polis di Kenya dan diklasifikasikan sebagai kes "salah identiti."
Solat jenazah diadakan pada sebelah petang di Masjid Faisal di Islamabad dengan kawalan keselamatan yang ketat.
Orang ramai melaungkan slogan "darahnya akan membawa gelombang revolusi."
Jenazahnya tiba di Islamabad pada awal Rabu.
Arshad merupakan pengkritik hebat terhadap isu penyingkiran kontroversi bekas perdana menteri Imran Khan.
Beliau kemudian melarikan diri dari Pakistan ke Dubai pada Ogos selepas polis memfailkan kes terhadapnya termasuk satu kes hasutan.
Imran mendakwa wartawan itu menjadi sasaran pembunuhan dan bertindak meninggalkan Pakistan kerana berasa keselamatannya terancam.
Sebilangan wartawan yang cenderung menyokong Imran turut berdepan pertuduhan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini dan ada dalam kalangan mereka diserang oleh individu tidak dikenali.
Ketua Pengarah Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) Leftenan Jeneral Nadeem Ahmed Anjum menafikan terdapat sebarang ancaman terhadap kehidupan Arshad di Pakistan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Khamis dan ia merupakan interaksi yang jarang berlaku menyaksikan beliau turut menjawab pelbagai soalan bersama-sama Leftenan Jeneral Babar Iftikhar, yang mengetuai unit media Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan Tentera (ISPR) .
Wartawan itu telah berkhidmat selama bertahun-tahun dengan saluran televisyen ARY.
Ketua ISI itu berkata berdasarkan pertemuan awal dengan pihak berkuasa Kenya, pembunuhan itu berlaku kerana "salah identiti."
"Pakistan tidak "berpuas hati" dengan penjelasan yang diberikan. Oleh itu, kerajaan telah membentuk satu pasukan yang akan ke Kenya bagi menjalankan siasatan.
"Kerajaan juga telah menubuhkan suruhanjaya kehakiman (untuk menjalankan siasatan)," katanya.
Arshad sebelum ini berada di Emiriah Arab Bersatu dan berlepas ke Kenya apabila visanya tamat tempoh, menurut pegawai Pakistan.
Kereta yang dinaiki wartawan itu mempunyai beberapa kesan tembakan manakala Arshad ditembak di kepala.
Bagaimanapun, pemandunya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arshad Sharif
#Pakistan
#tembakan
#pengembumian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan