Puluhan ribu ikan ditemui mati di tebing sebuah tasik di kawasan perlindungan di utara Greece pada Khamis, akibat suhu tinggi dan kemarau berpanjangan.

Pegawai alam sekitar negeri berkata, paras air di Tasik Koroneia menurun lebih daripada 70 peratus sejak tiga tahun lalu.

Sementera, ahli biologi Athena Patsia mendakwa suhu yang tinggi pada musim panas mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam air.

Antara ikan yang ditemui mati adalah ikan mas, sunfish dan pelbagai jenis ikan air tawar.

Tasik Koroneia adalah salah satu tasik terbesar di Greece yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar pelabuhan Thessaloniki.

Dilaporkan pada tahun 2015, tahap air berada pada paras stabil.

Namun, musim panas yang berpanjangan mengakibatkan situasi semakin buruk.

Mata pencarian penduduk di tebing Koroneia dan berhampiran tasik Volvi turut terjejas akibat situasi tersebut.