awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan terbunuh dalam letupan bom di hospital Quetta, Pakistan

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2016
08:30 MYT
Puluhan terbunuh dalam letupan bom di hospital Quetta, Pakistan
Pasukan keselamatan dan orang ramai sedang berusaha memindahkan mangsa dan mereka yang cedera dalam insiden letupan di Quetta. - Foto REUTERS/Naseer Ahmed
Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam satu kejadian letupan bom di sebuah hospital di Quetta, barat daya Pakistan pada Isnin, menurut pihak berkuasa di wilayah tersebut.
Angka korban ini lebih tinggi berbanding laporan awal.
Lebih 50 yang lain turut dilaporkan cedera.
"Ramai yang tercedera, angka korban mungkin meningkat," kata Rehmat Saleh Baloch, Menteri Kesihatan di wilayah Baluchistan.
Menurut laporan, sekumpulan peguam dan juga wartawan berada di hospital tersebut ketika letupan berlaku.
Ramai daripada mereka berada di sana, bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah seorang peguam terkemuka yang mati ditembak pada Isnin.
Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas letupan itu namun kumpulan bersenjata di kawasan itu sering melancarkan serangan ke atas pihak keselamatan dan pegawai kerajaan.
Kawasan itu uga sering dilanda perpecahan antara pengikut sunnah dan syiah.
Ia adalah serangan kedua membabitkan jumlah kematian yang tinggi.
Serangan di Lahore sewaktu sambutan cuti Easter yang lalu meragut 75 nyawa.
Perdana Menteri Nawaz Sharif dalam reaksinya mengutuk serangan berdarah itu dan mengarahkan pasukan tentera meningkatkan tahap keselamatan di wilayah itu.
Topic Berkaitan
#hospital Quetta
#letupan bom
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan