awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan terkorban Israel bom kem pelarian al-Shati di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2023
02:20 MYT
Puluhan terkorban Israel bom kem pelarian al-Shati di Gaza
Laporan awal menunjukkan puluhan penduduk terbunuh dan cedera dalam serangan itu, meskipun jumlah sebenar mangsa tidak dapat ditentukan dengan segera. - Foto REUTERS
GAZA: Sebuah klip video disiarkan oleh Al Jazeera Arabic di platform media sosial X memaparkan satu lagi serangan udara Israel ke atas kem pelarian al-Shati di Gaza malam tadi.
Dalam video itu, beberapa anggota pertahanan awam, paramedik dan orang awam dilihat berusaha menyelamatkan mangsa yang cedera parah dan tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Orang ramai dilihat menggunakan tangan kosong untuk mengalihkan timbunan konkrit.
.. #_ # pic.twitter.com/hzT0utaY59
— (@AJA_Palestine) October 24, 2023
Laporan awal menunjukkan puluhan penduduk terbunuh dan cedera dalam serangan itu, meskipun jumlah sebenar mangsa tidak dapat ditentukan dengan segera.
Di tengah operasi menyelamat, video itu turut merakamkan satu lagi serangan udara Israel di kawasan berhampiran menyebabkan orang ramai panik.
Dalam pada itu, kebimbangan perang Israel-Palestin mungkin berkembang menjadi konflik Asia Barat semakin meningkat semalam apabila pejuang Hezbollah menyertai Hamas untuk menentang Israel.
Pada masa sama, Washington memberi amaran mengenai risiko besar kepada kepentingan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu apabila sekutunya, Israel terus menggempur Gaza dan kini turut membabitkan sempadan Lubnan.
Topic Berkaitan
#AS
#Gaza
#media sosial
#kem pelarian al-Shati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan