awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pushpa Kamal dilantik perdana menteri baharu Nepal

Bernama
Bernama
25/12/2022
20:00 MYT
Pushpa Kamal dilantik perdana menteri baharu Nepal
Dahal telah mendapat sokongan 169 Ahli Parlimen daripada 275 anggota. - Gambar/ Reuters
KATHMANDU: Pushpa Kamal Dahal, yang dikenali sebagai "Prachanda," dilantik sebagai perdana menteri Nepal yang baharu, sekali gus menamatkan pertikaian politik di negara itu, lapor dpa.
Presiden Bidya Devi Bhandari melantik Dahal berdasarkan Perkara 76 (2) perlembagaan, menurut pejabat presiden dalam satu kenyataan.
Dahal dijangka mengangkat sumpah jawatan pada Isnin dan beliau perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam tempoh sebulan.
Dahal kembali berkuasa untuk kali ketiga dengan sokongan parti pembangkang utama CPN-UML dan beberapa parti lain.
Dahal telah mendapat sokongan 169 Ahli Parlimen daripada 275 anggota, lapor Kathmandu Post.
Pelantikan Dahal sebagai perdana menteri mengejutkan ramai pihak kerana partinya, CPN (Maoist Centre) menduduki tempat ketiga dengan hanya memperoleh 32 kerusi pada pilihan raya umum baru-baru ini.
Pelantikan Dahal mungkin menamatkan ketidaktentuan kerajaan tetapi ketidakstabilan politik di negara Asia Selatan itu telah berlanjutan sejak 2008.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nepal
#perdana menteri baharu
#Pushpa Kamal
#Dahal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan