Pewaris diraja Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland.

Menurut kenyataan Istana Clarence House, Prince of Wales itu dilaporkan mengalami simptom sejak beberapa hari lalu tetapi masih dalam keadaan stabil.

"Manakala The Duchess of Cornwall, Camilla juga turut melakukan ujian dan didapati negatif COVID-19.

"Kedua-dua mereka kini sedang melalui tempoh pengasingan di Scotland.

"Proses saringan terhadap Putera Charles dan isteri dilakukan di NHS di Aberdeenshire selepas menunjukkan simptom-simptom wabak itu," jelasnya.

Pihak Istana turut tidak menolak kemungkinan Putera Charles kemungkinan dijangkiti sewaktu bertemu rakyat jelata beberapa minggu lalu.