Skip to main content

Dunia

Puteri Astrid mangkat pada usia 94 tahun, dua hari selepas pemakaman Raja Harald V

Norway's Princess Astrid at the opening of the second part of the exhibition "At the King's Table - from tableware to contemporary ceramics" in the Queen Sonja KunstStall, in Oslo, Norway May 27, 2025. NTB/Stian Lysberg Solum/via REUTERS
Puteri Astrid (foto) mangkat dua hari selepas membuat penampilan awam terakhir pada istiadat pemakaman Raja Harald V di Oslo 9 September lalu. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

OSLO: Puteri Astrid dari Norway, kakanda kepada mendiang Raja Harald V, mangkat pada Jumaat pada usia 94 tahun, menurut kenyataan rasmi Istana Diraja Norway.

Kemangkatan kerabat diraja itu berlaku dua hari selepas membuat penampilan awam terakhir pada istiadat pemakaman Raja Harald V di Oslo pada 9 September lalu.

Adindanya, Raja Harald V, mangkat pada 28 Ogos lalu pada usia 89 tahun selepas menaiki takhta Norway selama lebih 35 tahun.

"Sepanjang hayatnya yang panjang, Puteri Astrid telah mewakili Institusi Diraja dengan penuh dedikasi," kata Raja Haakon VIII dalam kenyataan tersebut.

Menurut Raja Haakon VIII, Puteri Astrid turut memainkan peranan penting sebagai penyokong kuat keluarga diraja dan sentiasa melaksanakan tugas rasminya dengan penuh komitmen.

Pihak istana bagaimanapun tidak mengumumkan sebarang butiran lanjut mengenai punca kemangkatan Puteri Astrid setakat ini.

Must Watch Video

Advertisement