awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin berikan lampu hijau larangan penuh penjualan vape di Rusia

Bernama
Bernama
07/11/2025
08:59 MYT
Putin berikan lampu hijau larangan penuh penjualan vape di Rusia
Putin mengangguk tanda setuju terhadap permintaan untuk memberi arahan bagi melaksanakan larangan penuh ke atas vape. - Reuters
SAMARA (Rusia): Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan cadangan untuk melaksanakan larangan penuh terhadap penjualan vape atau rokok elektronik di Rusia, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
"Lihat, Dmitry Nikolaevich (Chernyshenko, Timbalan Perdana Menteri Rusia) mengangguk. Kerajaan kita menyokongnya," kata Putin ketika melawat pusat promosi sukan berubah suai (adaptif) di Samara.
Ketua gerakan awam Rusia Zdorovoe Otechestvo (Healthy Fatherland) Ekaterina Leshchinskaya mengemukakan permintaan itu kepada presiden.
Beliau menyatakan bahawa beberapa negara jiran dalam Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) serta beberapa negara lain di dunia mempunyai pengalaman positif dalam melaksanakan larangan terhadap vape.
Pemimpin Rusia itu mengangguk tanda setuju terhadap permintaan beliau untuk "memberi arahan bagi melaksanakan larangan penuh ke atas vape di wilayah Rusia".
"Keputusan sedemikian bukan sahaja penting, tetapi juga perlu disertai usaha yang sesuai dalam kalangan belia," tegas presiden itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Vladimir Putin
#larangan vape
#rokok elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan