awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin kemuka cadangan kepada askar Wagner

Bernama
Bernama
27/06/2023
01:45 MYT
Putin kemuka cadangan kepada askar Wagner
Putin berkata penganjur pemberontakan di Rusia telah mengkhianati negara dan pengikutnya dan "pemberontakan bersenjata akan ditumpaskan dalam apa jua keadaan". - Foto fail/AP
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin dalam satu ucapan rasmi pada Isnin menggesa anggota kumpulan tentera swasta Wagner menandatangani kontrak dengan kementerian pertahanan negara itu dan kembali ke tanah air atau pergi ke Belarus.
Beliau berkata majoriti pejuang kumpulan Wagner adalah patriot Rusia dan mereka hanya dipergunakan, lapor Xinhua.
"Kita tahu kebanyakan pejuang dan komander kumpulan Wagner juga patriot Rusia, setia kepada rakyat dan negara mereka," katanya sambil menegaskan bahawa mereka dipergunakan tanpa pengetahuan mereka semasa pemberontakan bersenjata.
Putin berkata penganjur pemberontakan di Rusia telah mengkhianati negara dan pengikutnya dan "pemberontakan bersenjata akan ditumpaskan dalam apa jua keadaan".
Beliau mencadangkan askar kumpulan Wagner untuk menandatangani kontrak dengan kementerian pertahanan negara itu, pulang atau pergi ke Belarus.
Sementara itu, Putin mengucapkan terima kasih kepada semua askar Rusia, pegawai penguatkuasa undang-undang dan perkhidmatan khas yang bersama-sama menghalang pemberontakan itu.
"Saya berterima kasih kepada semua anggota tentera, pegawai penguatkuasa undang-undang dan perkhidmatan khas yang teguh berdiri menghalang pemberontakan. Anda setia pada tugas anda dan rakyat," kata Putin.
Beliau turut berterima kasih kepada Presiden Belarus Alexander Lukashenko atas peranan sebagai pengantara dalam menyelesaikan pemberontakan itu.
Jawatankuasa Antikeganasan Rusia mengumumkan pada Sabtu bahawa operasi menentang pengganas telah diperkenalkan di bandar Moscow, wilayah Moscow dan wilayah Voronezh untuk menghalang kemungkinan tindakan pengganas selepas kumpulan Wagner dituduh cuba mengatur pemberontakan bersenjata.
Bagaimanapun, menurut laporan tempatan, Moscow dan Yevgeny Prigozhin, ketua kumpulan Wagner, telah mencapai persetujuan untuk berkompromi.
Berikutan itu, pada Isnin, jawatankuasa berkenaan mengisytiharkan operasi undang-undang memerangi pengganas telah dibatalkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Wagner
#Kementerian Pertahanan
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan