Ketika media antarabangsa mengaitkan tindakan presiden Rusia, Vladimir Putin yang pulang awal daripada Sidang Kemuncak G20 ekoran tekanan yang diterima daripada pemimpin Barat, penganalisis politik tempatan pula melihat situasi tersebut dari sudut pandangan berbeza.
Menurut Pensyarah kanan Sosiologi Politik, Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad, tindakan Putin tersebut sekadar mewakili personaliti seorang pemimpin.
“Tiada impak ketara terhadap perjalanan sidang kemuncak tersebut dan bukanlah bermakna beliau tertekan dengan pihak Barat. Tindakan meninggalkan sidang kemuncak berkenaan bukanlah sesuatu yang ‘luar biasa’.
“Kita perlu tahu bahawa bangsa Rusia dan pemimpinnya tidaklah seperti orang Asia yang lazimnya mengikut protokol dalam pelbagai situasi. Mereka mempunyai cara tersendiri,” ujar Noor Sulastry yang percaya bahawa Putin berani dalam menghadapi dakwaan yang ditunding kepada Rusia.
Tambah Noor Sulastry, keberanian Putin baru-baru ini terlihat dengan dakwaan terbaharu Rusia bahawa pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh jet pejuang Ukraine.
“Pendedahan maklumat tersebut bersama bukti daripada pihak Putin membawa perspektif berbeza untuk dinilai masyarakat dunia tentang tragedi yang menimpa pesawat MH17.
“Tentu sekali, ia membuka jalan kepada penyiasatan lanjutan, lebih-lebih lagi bagi negara-negara mangsa khususnya Malaysia yang selama ini tidak dapat bertindak kerana tiada penjelasan atau justifikasi tentang tragedi berkenaan,” terang beliau.
Noor Sulastry berpendapat, peluang menjalankan usaha rundingan secara terus atau melalui orang tengah tetap wujud untuk mencari jawapan kepada tragedi MH17.
“Kita harus tahu bahawa Putin merupakan pemimpin yang kuat dan berada dalam situasi yang selamat dan sangat dilindungi. Tekanan dan ancaman sekatan terhadap Rusia bukan masalah buat Putin.
“Sekiranya ada berlaku apa-apa ke atas Putin, masyarakat dunia akan mula menghidu muslihat yang dibawa Amerika dan sekutunya di Barat yang seolah-olah mahu ‘menutup’ segala cerita,” jelas Noor Sulastry.
Dalam Sidang Kemuncak G20, Putin dikatakan menerima tekanan kuat ekoran isu sokongan Moscow terhadap kumpulan pemberontak di timur Ukraine sehingga beliau ‘dipulaukan’.
Beberapa portal berita melaporkan Putin menerima kata dua dan kritikan terbuka daripada perdana menteri Kanada dan Britain.
Rusia baru-baru ini mengejutkan dunia apabila mengeluarkan bukti dalam bentuk imej satelit untuk mengukuhkan dakwaannya bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh jet pejuang Ukraine dan bukannya peluru berpandu dari darat ke udara.
Hamzah Hamid
Mon Nov 17 2014
TIndakan Putin yang pulang awal ketika Sidang Kemuncak G20 masih belum berakhir menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat dunia. - Foto fail
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.
Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Berkuat kuasa penghujung 2025, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.