MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin menandatangani dua dekri yang mengiktiraf "Republik Rakyat Lugansk (LPR)" dan "Republik Rakyat Donetsk (DPR)" sebagai negara merdeka dan berdaulat, lapor Xinhua.
Putin turut menandatangani Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan antara Rusia bersama kedua-dua ketua "republik" LPR dan DPR, dalam satu majlis di Kremlin, menurut Rusia dalam satu kenyataan.
"Saya menganggap perlu membuat keputusan yang sudah lama tertunda -- mengiktiraf kemerdekaan dan kedaulatan DPR dan LPR dengan segera.
"Rusia telah melakukan segala-galanya dalam memelihara integriti wilayah Ukraine" dengan memperjuangkan pelaksanaan perjanjian Minsk 2015, tetapi segala usaha itu berakhir dengan sia-sia," kata Putin dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen.
Menurut Putin, hampir setiap hari Ukraine menyerang penempatan di Donbass dan perkara itu "tiada penghujungnya".
Krisis keselamatan Eropah berlaku akibat peluasan keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke arah timur, menyebabkan Rusia hilang kepercayaan, tegas Putin.
Beliau menyifatkan hanya "menunggu masa" untuk NATO menerima Ukraine sebagai negara anggota dan membina kemudahan di wilayahnya supaya tahap ancaman ketenteraan terhadap Rusia meningkat secara mendadak.
Ketika Moscow meminta jaminan keselamatan Amerika Syarikat dan NATO, negara-negara Barat bertindak mengabaikan kebimbangan utama Rusia dan tiada yang berubah dalam kedudukan mereka, kata Putin.
Berdasarkan keadaan itu, Rusia "mempunyai hak bertindak balas untuk memastikan keselamatannya sendiri".
Putin berkata beliau menyedari Barat cuba "mengugut" Rusia dengan mengadakan sekatan sekali lagi, tetapi percaya sekatan tetap akan diteruskan hanya kerana kewujudan Rusia wujud, tanpa mengira keadaan di Ukraine.
Selepas mengiktiraf kemerdekaan LPR dan DPR, Putin mengarahkan tentera Rusia memastikan keamanan di kedua-dua "negara".
Terdahulu, Majlis Keselamatan Rusia mengadakan mesyuarat luar biasa dan pengiktirafan kedua-dua "republik berkenaan" mendapat sokongan pegawai tertinggi negara itu. .
Pada petang Isnin, Putin mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Olaf Scholz, yang "menyatakan kekecewaan mereka" berikutan rancangan Putin mengiktiraf LPR dan DPR, tetapi masih menunjukkan kesediaan meneruskan hubungan, menurut kenyataan Kremlin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Putin turut menandatangani Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan antara Rusia bersama kedua-dua ketua "republik" LPR dan DPR, dalam satu majlis di Kremlin. - Foto REUTERS
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Usaha bangun mekanisme penyelesaian BRICS diteruskan walaupun diancam Trump - Diplomat Rusia
Usaha membangunkan mekanisme atau instrumen yang memudahkan penyelesaian transaksi kewangan antara negara anggota BRICS akan diteruskan walaupun diancam Trump.
Rusia pertimbang normalisasi hubungan dengan AS jika kepentingannya diiktiraf
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata bahawa negaranya akan mempertimbangkan cadangan Barat untuk menormalisasikan hubungan jika kepentingan Moscow turut diambil kira.
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni
Anjing itu berjalan menghampiri Merkel, yang kelihatan jelas tidak selesa ketika duduk di sebelah Putin.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Putin tandatangani dekri luluskan kemas kini dalam doktrin nuklear
Vladimir Putin menandatangani dekri meluluskan doktrin nuklear Rusia yang dikemas kini.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Trump, Putin berbincang ketika Biden merancang untuk melobi Trump agar terus sokong Ukraine
Donald Trump menasihati Vladimir Putin agar tidak meningkatkan peperangan di Ukraine.
Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui - Putin
Rusia akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui.
Duta Malaysia serah watikah pelantikan kepada Putin
Duta Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai adalah antara duta dari 28 negara yang menyerahkan watikah pelantikan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa,