Skip to main content

Dunia

Putin tandatangan undang-undang benarkan tentera lindungi rakyat Rusia di luar negara

81743137271_VladimirPutin.jpg
Undang-undang yang ditandatangani Presiden Rusia Vladimir Putin itu dijangka dikuat kuasa 10 hari selepas penerbitan rasminya. - Gambar fail

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani undang-undang yang membenarkan penggunaan tentera Rusia bagi melindungi rakyatnya yang disabitkan kesalahan atau ditahan oleh mahkamah asing atau tribunal antarabangsa, menurut dokumen yang diterbitkan di portal akta perundangan pada Isnin, lapor Xinhua.

Dokumen itu menyatakan bahawa angkatan tentera Rusia boleh, dalam bidang kuasa mereka dilibatkan bagi melindungi rakyat Rusia yang ditangkap, ditahan atau didakwa berdasarkan keputusan mahkamah asing yang bertindak bagi pihak negara lain tanpa penyertaan Rusia, serta bidang kuasanya tidak berasaskan perjanjian antarabangsa yang melibatkan Rusia atau resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Undang-undang itu dijangka dikuat kuasa 10 hari selepas penerbitan rasminya.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement