Rejim Korea Utara mengeluarkan arahan hukuman mati terhadap bekas presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dan ketua perisiknya yang didakwa merancang membunuh Kim Jong-un.

Agensi berita pusat Korea Utara, KCNA berkata siasatan membuktikan Geun-Hye dalang merancang pembunuhan pemimpin agung mereka pada 2015.

Sebelum ini akhbar Jepun melaporkan Geun-hye pernah meluluskan pelan untuk menumbangkan pemimpin Pyongyang.

Geun-hye disingkir Mac lalu kerana terbabit dalam skandal rasuah dan kini dalam tahanan ketika kesnya masih dalam perbicaraan.