Skip to main content

Dunia

Qantas bayar pampasan AS$74 juta untuk penerbangan era COVID-19 yang dibatalkan

Passengers disembark from the first Qantas flight from Melbourne, Victoria, following the lifting of state border restrictions with New South Wales, at Sydney Airport in Sydney, Australia, on Nov. 23, 2020.
Di bawah terma perjanjian penyelesaian itu, Qantas bersetuju membayar A$105 juta tanpa pengakuan liabiliti. - Gambar fail Reuters

SYDNEY: Qantas Airways Australia pada Jumaat (13 Mac) berkata, ia akan membayar A$105 juta (AS$74 juta) untuk menyelesaikan tindakan saman kelompok yang mendakwa syarikat itu mengelirukan pelanggan dan gagal memberikan bayaran balik untuk tiket penerbangan yang dibatalkan semasa pandemik COVID-19.

Tindakan saman itu yang mewakili para penumpang Australia, melibatkan penerbangan antarabangsa dan domestik yang dibatalkan oleh Qantas antara tahun 2020 hingga 2022. 

Advertisement

Qantas telah memberikan kredit penerbangan sebagai ganti bayaran balik tunai.

“Di bawah terma perjanjian penyelesaian itu, Qantas bersetuju membayar A$105 juta tanpa pengakuan liabiliti,” kata syarikat penerbangan itu.

Perjanjian tersebut tertakluk kepada kelulusan mahkamah dan menurut Qantas, dana untuk bayaran balik tunai akan disalurkan kepada seorang pentadbir pada separuh pertama tahun 2027.

Firma guaman Echo Law, yang memfailkan tindakan saman itu mendakwa, Qantas telah “mendapat manfaat secara tidak sah daripada pelanggan dengan menyimpan dalam tempoh bertahun-tahun sejumlah besar dana pelanggan yang sepatutnya telah dipulangkan.”

Mahkamah akan memberikan butiran mengenai cara pelanggan boleh membuat tuntutan bayaran balik dalam minggu-minggu akan datang, kata firma guaman itu pada Jumaat. - Agensi

Must Watch Video