awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qantas dihubungi penggodam mengaku bertanggungjawab bocor data besar-besaran

Bernama
Bernama
08/07/2025
14:30 MYT
Qantas dihubungi penggodam mengaku bertanggungjawab bocor data besar-besaran
Qantas mendedahkan ia dihubungi oleh seorang penggodam yang mengaku bertanggungjawab atas kebocoran data besar-besaran yang menjejaskan sehingga enam juta pelanggannya. - Gambar fail/REUTERS
SYDNEY: Qantas mendedahkan ia dihubungi oleh seorang penggodam yang mengaku bertanggungjawab atas kebocoran data besar-besaran yang menjejaskan sehingga enam juta pelanggannya, lapor Xinhua.
Menurut syarikat penerbangan negara Australia itu, seorang individu yang berkemungkinan merupakan penjenayah siber menghubungi mereka pada Isnin susulan kebocoran data itu.
Qantas sedang berusaha untuk mengesahkan kesahihan dakwaan itu dan meminta bantuan Polis Persekutuan Australia. Syarikat penerbangan itu tidak menjelaskan sama ada sebarang tuntutan wang tebusan dibuat.
"Tiada bukti yang data peribadi yang dicuri daripada Qantas disebarkan, namun dengan sokongan pakar keselamatan siber, kami terus memantau secara aktif," kata seorang jurucakap.
Syarikat penerbangan itu pada Rabu lepas melaporkan yang sistem pihak ketiga yang digunakan oleh pusat panggilan luar negara digodam dalam serangan siber pada 30 Jun.
Enam juta pelanggan Qantas mempunyai rekod perkhidmatan dalam platform yang diceroboh itu dan maklumat peribadi termasuk nama, tarikh lahir dan maklumat hubungan berkemungkinan dicuri. Maklumat kad kredit, kata laluan dan pasport bagaimanapun tidak disimpan dalam sistem yang terjejas.
Ketua Eksekutif Kumpulan Qantas, Vanessa Hudson Jumaat lepas mengemukakan permohonan maaf kepada pelanggan dan berkata siasatan terhadap insiden itu yang diketuai oleh pasukan keselamatan siber dan pakar luar sedang berjalan dengan baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qantas
#penggodam
#kebocoran data pelanggan
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan