awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar berkata rundingan untuk laksana gencatan senjata di Gaza masih diteruskan

Bernama
Bernama
23/01/2024
15:56 MYT
Qatar berkata rundingan untuk laksana gencatan senjata di Gaza masih diteruskan
Usaha pengantaraan antara Palestin dan Israel masih diteruskan dan tidak akan berhenti, tanpa mengira keadaan di lapangan. - AP
ISTANBUL: Qatar pada Selasa berkata usaha pengantaraan untuk mencapai gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tebusan antara Israel dan Hamas masih diteruskan, lapor Agensi Anadolu.
"Kami terlibat dalam rundingan dan perbincangan yang serius antara kedua-dua pihak dalam krisis di Gaza.
"Usaha pengantaraan antara Palestin dan Israel masih diteruskan dan tidak akan berhenti, tanpa mengira keadaan di lapangan," menurut jurucakap Kementerian Luar, Majed al-Ansari pada sidang media di Doha.
Beliau mendakwa beberapa pihak cuba merosakkan reputasi Qatar, namun tidak menyatakan butiran khusus.
"Ini tidak akan menghalang kami untuk melaksanakan peranan kami selagi ada peluang untuk mencapai keamanan.
"Perang hanya mencetuskan lebih banyak kerugian," kata al-Ansari, sambil menambah bahawa Doha sedang berhubung dengan Amerika Syarikat untuk menghentikan perang Israel, selain memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.
Israel melancarkan serangan maut di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 25,490 rakyat Palestin dan mencederakan 63,354 yang lain.
Serangan Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah masalah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#gencatan senjata
#Qatar
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan