awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
Ejen ICE dalam kes tembakan Minnesota pernah diseret kereta pada Jun
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar dakwa Arab Saudi ganggu perjalanan jemaah haji

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2018
05:29 MYT
Qatar dakwa Arab Saudi ganggu perjalanan jemaah haji
Ketika ini, Doha dan Riyadh tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik yang membolehkan kedua-dua negara menangani masalah berbangkit sepanjang musim haji di Tanah Suci. - Gambar fail
Seorang jurucakap Kementerian Luar Qatar menuduh Arab Saudi sengaja menjejaskan kelancaran perjalanan jemaah hajinya.
“Arab Saudi perlu menangani perkara ini, termasuk laporan berbaur kebencian oleh pengamal media negara itu,” kata Lowla Al-Khater.
Tambah Al-Khater, laporan negatif media menimbulkan ancaman kepada warga Qatar sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke Arab Saudi.
Ketika ini, Doha dan Riyadh tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik yang membolehkan kedua-dua negara menangani masalah berbangkit sepanjang musim haji di Tanah Suci.
“Setiap warga Qatar tersinggung dengan perkara ini. Tolak tepi soal politik kerana ini melibatkan Rukun Islam Kelima,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Al-Khater memaklumkan krisis Doha-Riyadh tidak akan menjejaskan persiapan mereka bagi menghadapi Piala Dunia 2022.
“Kejohanan itu akan diteruskan di Qatar mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya. - Anadolu
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Haji
#Kementerian Luar
#politik
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan