awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar kitar semula barangan promosi Piala Dunia FIFA

Bernama
Bernama
21/08/2023
04:16 MYT
Qatar kitar semula barangan promosi Piala Dunia FIFA
Projek kitar semula itu dibuat dengan kerjasama Saudi Top Plastics, antara syarikat kitar semula plastik terbesar di Arab Saudi. - Gambar fail/ AP
DOHA: Sejumlah 173 tan barangan promosi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dikitar semula oleh sebuah syarikat Arab Saudi, menurut Jawatankuasa Tertinggi bagi Penghantaran dan Legasi (SC) Qatar pada Ahad.
Bahan fabrik poliester itu sebelum ini digunakan sebagai pembalut, kain rentang dan penutup pagar di stadium dan tempat lain, lapor Xinhua memetik siaran media SC
SC bertanggungjawab bagi penghantaran infrastruktur yang diperlukan dan bahagian perancangan dan operasi Qatar bagi penganjuran kejohanan itu.
"Sebelum ini, penganjur acara mega berhadapan kesukaran untuk melupuskan fabrik poliester secara mesra alam.
"Kami memberi keutamaan dalam mencari penyelesaian yang mampan, yang menjurus kepada kerjasama ini," kata Pengarah Eksekutif Kelestarian SC Bodour Al Meer.
Projek kitar semula itu dibuat dengan kerjasama Saudi Top Plastics, antara syarikat kitar semula plastik terbesar di Arab Saudi.
Bahan kitar semula itu akan diproses menjadi pelet plastik untuk pembuatan produk baharu seperti pita dan pembungkusan, menurut SC.
Hampir 80 peratus daripada sisa buangan kejohanan itu telah dikitar semula dan selebihnya dihantar ke loji sisa untuk penghasilan tenaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qatar
#Piala Dunia
#kitar semula
#barangan promosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan