awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar nafi tarik diri jadi pengantara gencatan senjata Gaza

Bernama
Bernama
10/11/2024
03:45 MYT
Qatar nafi tarik diri jadi pengantara gencatan senjata Gaza
Dr Al Ansari menegaskan kesediaan Qatar untuk memimpin usaha bagi menamatkan perang dan memastikan pembebasan tawanan. - Gambar/ Reuters
DOHA: Qatar menafikan laporan media yang mendakwa negara itu menarik diri sebagai pengantara dalam rundingan gencatan senjata Gaza.
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr. Majed Mohammed Al Ansari berkata laporan itu tidak tepat, lapor agensi berita Qatar (QNA).
Beliau menjelaskan bahawa usaha kini tergendala buat sementara waktu dan akan disambung semula apabila pihak-pihak yang terlibat menunjukkan "kesediaan dan kesungguhan untuk menamatkan perang serta menghentikan penderitaan terhadap orang awam akibat keadaan kemanusiaan yang dahsyat di wilayah itu."
Dr Al Ansari menegaskan kesediaan Qatar untuk memimpin usaha bagi menamatkan perang dan memastikan pembebasan tawanan.
"Negara Qatar tidak akan membenarkan pengantaraan menjadi alasan untuk memeras ugut, seperti yang telah kita lihat melalui manipulasi sejak kegagalan jeda pertama dan perjanjian pertukaran wanita dan kanak-kanak, terutama dalam menarik balik komitmen yang telah dipersetujui melalui pengantaraan, serta penggunaan berterusan rundingan bagi menghalalkan perang demi kepentingan politik sempit," katanya dalam satu kenyataan kepada QNA.
Dr Al Ansari turut berkata bahawa laporan media berhubung pejabat Hamas di Doha adalah tidak tepat, dengan menegaskan bahawa tujuan utama pejabat itu di Qatar adalah sebagai saluran komunikasi antara pihak berkaitan.
Beliau turut menegaskan keperluan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi.
"Saluran ini telah menyumbang kepada pencapaian gencatan senjata pada peringkat sebelumnya dan mengekalkan ketenangan di wilayah terbabit dalam usaha pertukaran tawanan wanita serta kanak-kanak pada November tahun lalu," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Qatar
#Israel
#gencatan senjata
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan