DOHA: Kerajaan Qatar sangat ‘terkejut’ dengan kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyebut peranan negara itu sebagai orang tengah dalam perang di Gaza sebagai "bermasalah."

Menurut Qatar, seandainya komen dikeluarkan Netanyahu itu benar, ia disifatkan sebagai "tidak bertanggungjawab" namun "tidak menghairankan."

Sebuah stesen TV Israel baru-baru ini menyiarkan kenyataan Netanyahu memberitahu keluarga tebusan yang ditahan oleh Hamas bahawa "anda tidak mendengar saya berterima kasih kepada Qatar."

"Mereka mempunyai keupayaan... kerana mereka membiayai (Hamas)," dakwa Netanyahu.

Qatar mempunyai hubungan peringkat tinggi dengan Israel sejak 1990-an, tetapi kerajaan itu tidak pernah secara rasmi menjalin hubungan diplomatik.

Bahkan, Qatar juga telah lama memperjuangkan perjuangan Palestin dan menjadi tuan rumah kepada pemimpin politik Hamas yang didakwa sebagai organisasi pengganas oleh Israel, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Negara itu juga telah menyakkurkan ratusan juta dolar bantuan untuk Gaza, yang telah tertakluk kepada sekatan oleh Israel dan Mesir sejak 2006, apabila Hamas memenangi pilihan raya.

Sekatan itu diperketatkan pada tahun berikutnya apabila Hamas mengukuhkan kuasanya di Gaza dengan menggulingkan tentera Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Sejak 2018, kerajaan Israel telah membenarkan Qatar membayar gaji puluhan ribu kakitangan awam dalam kerajaan yang dikendalikan Hamas di Gaza, menyokong kewangan keluarga termiskin dan membiayai penghantaran bahan api untuk loji kuasa tunggal di wilayah itu.

Qatar menegaskan pembiayaan itu semata-mata untuk tujuan awam dan kemanusiaan.

Dasar itu mencetuskan kontroversi dalam Israel, dengan pengkritik memberi amaran ia membantu Hamas untuk terus berkuasa dan membiayai aktiviti ketenteraannya.

Berikutan serangan Hamas ke atas Israel selatan pada 7 Oktober 2023, Israel bertindak balas terhadap serangan tersebut dengan melancarkan kempen ketenteraan berskala besar di Gaza dengan tujuan untuk memusnahkan Hamas.

Lebih 25,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran itu, menurut data Kkementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas.

Qatar menggunakan hubungannya dengan Hamas untuk membantu menghentikan jeda selama seminggu dalam pertempuran pada akhir November.

Gencatan sementara itu menyaksikan 105 tebusan Israel dan asing dibebaskan sebagai pertukaran untuk kira-kira 240 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Qatar selama berminggu-minggu cuba untuk menjadi perantara gencatan senjata baharu, dengan krisis kemanusiaan Gaza semakin memburuk dan dengan kerajaan Israel berada di bawah tekanan domestik yang semakin meningkat untuk mendapatkan pembebasan tebusan yang tinggal.

Pada Selasa lalu, sebuah stesen TV Israel menyiarkan kenyataan Netanyahu seperti berikut: "Anda tidak mendengar saya berterima kasih kepada Qatar. Adakah anda perasan?"

"Kenapa? Kerana bagi saya ia pada dasarnya tidak berbeza dengan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) atau Palang Merah, dan dalam erti kata tertentu lebih bermasalah - saya tidak mempunyai ilusi tentang mereka," tegas Netanyahu.

Israel menuduh PBB dan Palang Merah tidak mengambil usaha yang sewajarnya untuk menyokong atau membantu membebaskan tebusan.

Pada Rabu, jurucakap kementerian luar Qatar, Majed al-Ansari menulis di X: "Kenyataan ini jika benar (dikeluarkan Netanyahu), adalah tidak bertanggungjawab dan merosakkan usaha untuk menyelamatkan nyawa yang tidak bersalah, tetapi tidak mengejutkan."

"Selama berbulan-bulan, dan berikutan kejayaan perdamaian tahun lepas yang membawa kepada pembebasan lebih 100 tebusan, Qatar telah terlibat dalam dialog tetap dengan pihak-pihak yang berunding termasuk institusi Israel, cuba mewujudkan rangka kerja untuk perjanjian tebusan baharu dan segera serta kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza."

Tambah Majed, Netanyahu nampaknya melemahkan usaha perdamaian "atas sebab-sebab yang kelihatan sesuai dengan kerjaya politiknya."

Dalam reaksi segera, Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menulis di X: "Qatar ialah sebuah negara yang menyokong dan membiayai keganasan. Ia adalah penaung Hamas dan sebahagian besarnya bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Israel oleh Hamas."

"Satu perkara yang pasti: tiada penglibatan Qatar di Gaza selepas perang," ujar Smotrich lagi.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Qatar susulan dakwaan dibuat Menteri Kewangan Brazil itu.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah Pengarah Perisikan Pusat (CIA) untuk cuba menjadi perantara perjanjian baharu mengenai tebusan yang ditahan di Gaza, lapor media antarabangsa, CBS.

William Burns dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar dan Pengarah Mossad iaitu perkhidmatan rahsia Israel, di Perancis. - Agensi