Skip to main content

Dunia

Raja Norway baharu Raja Haakon VIII angkat sumpah Selasa

Mette-Marit
Haakon (kanan) menggantikan ayahandanya, Harald V, yang mangkat di sebuah hospital di Oslo pada pagi Jumaat pada usia 89 tahun. - Gambar/ Reuters
Advertisement

COPENHAGEN: Raja Norway yang baharu Raja Haakon VIII akan mengangkat sumpah taat setia kepada perlembagaan pada Selasa, susulan kemangkatan ayahandanya Raja Harald V, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Tarikh tersebut diumumkan kepada penyiar NRK pada Jumaat oleh Yang Dipertua Parlimen Norway Masud Gharahkhani.

Istiadat angkat sumpah itu wajib bagi raja baharu dan akan berlangsung di parlimen, yang dikenali sebagai Storting, berhampiran Istana Diraja di Oslo.

Haakon menggantikan ayahandanya, Harald V, yang mangkat di sebuah hospital di Oslo pada pagi Jumaat pada usia 89 tahun.

Raja baharu itu akan mengangkat sumpah pada 1 tengah hari (1100 GMT) Selasa dan akan turut menyampaikan titah ringkas.

Rakyat Norway berpeluang menyaksikan acara tersebut secara langsung di televisyen.

Menurut parlimen, ucapan itu akan menekankan bahawa kuasa raja adalah terhad dan dikawal selia oleh perlembagaan.

-- BERNAMA-dpa

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement