awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Thailand perkenan dekri bubar Parlimen bagi pilihan raya umum

Bernama
Bernama
12/12/2025
02:10 MYT
Raja Thailand perkenan dekri bubar Parlimen bagi pilihan raya umum
Anutin berkata, pentadbiran yang stabil dengan mandat jelas diperlukan bagi memastikan tadbir urus yang berterusan dan berkesan, manakala situasi semasa Thailand boleh menjejaskan kestabilan politik serta keyakinan antarabangsa.
BANGKOK: Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn memperkenankan dekri diraja bagi membubarkan Dewan Perwakilan, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari.

Ringkasan AI
  • Raja Thailand bersetuju membubarkan Dewan Perwakilan dan mengizinkan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari setelah menerima cadangan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul.
  • Pembubaran Dewan dilakukan kerana kerajaan beroperasi sebagai pentadbiran minoriti tanpa majoriti, sambil menghadapi cabaran ekonomi, sosial, politik, dan keselamatan yang kompleks.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tarikh pengundian dalam tempoh tersebut dan Anutin menekankan bahawa tindakan ini untuk mengembalikan kuasa membuat keputusan kepada rakyat.

Menurut pengumuman rasmi dalam Warta Diraja yang disiarkan di laman webnya awal Jumaat, baginda memperkenankan perintah diraja itu selepas menerima cadangan daripada Perdana Menteri Anutin Charnvirakul, yang berpendapat pembubaran Dewan wajar dilakukan bagi membolehkan pilihan raya diadakan untuk memilih Ahli Parlimen baharu.
Dalam pernyataannya kepada Raja, Anutin menjelaskan bahawa kerajaan yang memulakan tugas pada September 2025 itu beroperasi sebagai pentadbiran minoriti yang terdiri daripada beberapa parti politik tanpa majoriti di Dewan Perwakilan.
Beliau berkata bahawa negara berdepan pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi, tekanan sosial dan politik, perubahan dinamik geopolitik, serta ketegangan keselamatan baru-baru ini di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.
Kerajaan telah mengambil langkah segera menangani isu-isu nasional mendesak termasuk usaha pindaan perlembagaan, dasar pemulihan ekonomi, dan inisiatif membantu komuniti yang terjejas akibat bencana alam serta kejutan luaran, kata beliau.
#BREAKING: PARLIAMENT DISSOLVED, SNAP ELECTIONS CALLED The King has endorsed PM Anutin Charnviralkuls request to dissolve parliament, pre-empting the oppositions no-confidence motion against his minority govt. New elections must be held within 45 to 60 days, in this case pic.twitter.com/8EUaaWpjJQ
— Saksith Saiyasombut | (@SaksithCNA) December 11, 2025
Anutin turut menyatakan bahawa pentadbiran yang stabil dengan mandat jelas diperlukan bagi memastikan tadbir urus yang berterusan dan berkesan, manakala situasi semasa boleh menjejaskan kestabilan politik serta keyakinan antarabangsa.
"Oleh itu, tindakan yang sewajarnya ialah membubarkan Dewan Perwakilan bagi mengembalikan kuasa membuat keputusan kepada rakyat... ," menurut dekri itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka menetapkan tarikh pengundian dalam tempoh tidak kurang 45 hari dan tidak melebihi 60 hari selepas dekri itu dikuat kuasa.
Pada Khamis, Anutin memuat naik kenyataan dalam bahasa Thai di Facebook, menyatakan: "Saya mengembalikan kuasa kepada rakyat."
Beliau sebelum ini berkata pada September bahawa beliau merancang membubarkan Parlimen menjelang akhir Januari, dengan pilihan raya umum berkemungkinan diadakan pada Mac atau awal April.
Pilihan raya umum akan menyaksikan kesemua 500 kerusi di Dewan Perwakilan dipertandingkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#Anutin Charnvirakul
#Maha Vajiralongkorn
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan