awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat AS ditahan di Rusia dibebas - Biden

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2024
02:00 MYT
Rakyat AS ditahan di Rusia dibebas - Biden
Gershkovich (kiri) dan Whelan dibebaskan dari penjara Rusia pada Khamis. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan pembebasan wartawan Evan Gershkovich dan bekas anggota marin Paul Whelan oleh Rusia pada Khamis.
Biden sifatkan ia sebahagian daripada pertukaran tahanan timur-barat terbesar sejak berakhirnya Perang Dingin selain rundingan perjanjian kompleks yang dirahsiakan selama lebih setahun.
Turut dibebaskan, Alsu Kurmasheva, wartawan Rusia-AS untuk radio dibiaya AS, Radio Free Europe/Radio Liberty yang sebelum ini dibicarakan secara rahsia bersama Gershkovich.
Kurmasheva dihukum penjara selama 6 tahun 6 bulan kerana melanggar undang-undang Rusia berhubung buku yang disunting mengenai Ukraine.
White House memaklumkan telah menjalankan rundingan kompleks dengan Rusia dan negara-negara lain mengenai pembebasan beberapa individu itu.
Seramai lapan tahanan yang ditahan di barat dihantar kembali ke Rusia.
Jerman mengesahkan individu itu termasuk Vadim Krasikov, yang disabitkan kesalahan membunuh pembunuh terkenal yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Berlin.
Sementara itu, Biden melihat perjanjian itu sebagai satu kejayaan diplomasi dan persahabatan serta memuji sekutu Washington atas keputusan berani berkenaan.
Topic Berkaitan
#Evan Gershkovich
#Paul Whelan
#pembebasan tahanan
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan