awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia dinasihati elak perancangan ke selatan Thailand

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2013
10:31 MYT
Rakyat Malaysia dinasihati elak perancangan ke selatan Thailand
Susulan serangan bom di selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihati supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke kawasan berkenaan berikutan serangan ganas yang dilancarkan hujung minggu lalu.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia perlu menangguhkan sebarang kunjungan ke wilayah terbabit atas faktor keselamatan.
Rakyat Malaysia yang sudah pun berada di selatan Thailand dinasihati memantau keadaan dengan rapi dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negara itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Sementara itu, polis masih mengawal ketat pekan Danok yang menjadi sasaran bom pada Ahad.
Bagaimanapun keadaan di pekan berkenaan tenang dan aktiviti harian berjalan seperti biasa.
Gabenor Songkhla Girisada Booncharn turut meluangkan masa melawat lokasi kejadian itu pada Isnin.
Seorang peniaga kedai makan di pekan Danok, Abdul Halim Mahmud, 51 tahun, berkata kejadian itu yang pertama dalam tempoh lebih 30 tahun.
Tambahnya kejadian seperti ini mungkin memberi kesan terhadap kedatangan pelancong asing khususnya daripada Malaysia ke selatan Thai.
Bagaimanapun Abdul Halim yakin keadaan akan pulih dalam masa beberapa hari lagi walaupun dia menjangkakan sambutan tahun baharu dan perayaan Krismas akan sedikit suram berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Topic Berkaitan
#bom
#Danok
#Elak
#letupan
#Malaysia
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan