awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia kongsi detik cemas tsunami Selat Sunda

Fauzi Zin
Fauzi Zin
24/12/2018
06:19 MYT
Rakyat Malaysia kongsi detik cemas tsunami Selat Sunda
Menurut Marzuki, keluarganya hanya mengetahui mengenai tragedi tsunami selepas mendengar teriakan orang ramai tentang kejadian berkenaan. - Foto Marzuki Mustaffa
Tiada amaran awal.
Sebaliknya, maklumat mengenai amaran bencana tsunami Selat Sunda yang melanda Banten, Jawa Barat Sabtu malam hanya disampaikan dari mulut ke mulut.
Itu menurut rakyat Malaysia, Marzuki Mustaffa yang berada di kawasan peranginan yang terletak berdekatan Dermaga Ketapang, Lampung, Indonesia.
Marzuki yang bercuti bersama isteri dan dua anaknya memaklumkan ketika kejadian mereka berada di Muncak Teropong Laut untuk melihat pemandangan kira-kira pukul 9 malam.
“Setelah sejam berada di atas puncak (Muncak Teropong Laut) kami sekeluarga turun sebelum terserempak dengan penduduk yang sedang bertempiran lari untuk melarikan diri."
“Kami sempat bertanyakan kepada mereka dan dimakumkan pada alawanya kejadian ombak besar, sebelum disahkan tsunami. Kami sekeluarga segera berpatah balik ke kawasan yang lebih tinggi,’ ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Beliau berkata, ketika dalam perjalanan menuju ke kawasan puncak gunung, ramai penduduk cuba menahan untuk menumpang kenderaan yang mereka naiki.
“Kami berhenti di depan sedikit kerana ada seorang ibu yang sedang membawa anak kecil. Kami berhimpit 10 orang termasuk penduduk yang mahu menumpang naik kenderaan kami,” jelasnya lagi.
Ditanya jika tiada amaran bencana tsunami diterima oleh penduduk di kawasan berkenaan, katanya beliau hanya dimaklumkan berhubung ombak besar.
“Mula-mula, mereka tidak dengar langsung. Kami hanya mengetahui (dimaklumkan) apabila orang ramai berteriak 'tsunami...! tsunami ...!'
“Tetapi apabila saya sendiri menghubungi agen yang menguruskan perjalanan percutian di sini, mereka mengesahkan ia bencana tsunami.
Sehingga kini, angka yang terkorban telah meningkat kepada 281 orang dan lebih 1,000 yang lain cedera akibat bencana itu.
Topic Berkaitan
#Banten
#dermaga ketapang
#Indonesia
#Lampung
#marzuki mustaffa
#muncak teropong laut
#rakyat Malaysia
#Selat Sunda
#sunda
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan