Rakyat Palestin berdepan kelaparan, sejuk dan kehilangan nyawa di Gaza

Seorang wanita Palestin memasak menggunakan api terbuka di tengah runtuhan bangunan, ketika gencatan senjata antara Israel dan Hamas berlangsung di Bandaraya Gaza. - Foto REUTERS
GAZA: Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terus bergelut dengan kelaparan, kesejukan dan kehilangan nyawa di tengah kepungan ketat Israel yang berlanjutan, meskipun gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) telah berkuat kuasa sejak bulan lalu.
Ringkasan AI
- Rakyat Palestin di Gaza terus menderita akibat kelaparan, kesejukan dan kehilangan nyawa meskipun gencatan senjata diumumkan, dengan lebih 236 terbunuh dan 600 cedera sejak ia berkuat kuasa.
- Bantuan kemanusiaan gagal disalurkan secara konsisten, dengan hanya 145 trak dibenarkan masuk setiap hari berbanding 600 yang dijanjikan, menyebabkan kekurangan makanan, ubat dan keperluan asas.
- Krisis kemanusiaan semakin parah, dengan hampir setengah juta penduduk kini berisiko tinggi mengalami kebuluran dan penyakit akibat kepungan berterusan dan kemusnahan infrastruktur.
Keadaan semakin meruncing apabila bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan bekalan asas gagal disalurkan secara konsisten.
Israel hanya membenarkan purata 145 trak bantuan masuk setiap hari, jauh lebih rendah daripada 600 trak yang dijanjikan dalam perjanjian gencatan senjata.
Penduduk Gaza, termasuk kanak-kanak dan warga emas, terpaksa mencari makanan di celah runtuhan dan berteduh dalam keadaan serba kekurangan.
Ramai yang kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga, menjadikan krisis kemanusiaan ini antara yang paling buruk dalam sejarah moden wilayah tersebut.
Pihak berkuasa kesihatan dan organisasi antarabangsa telah memberi amaran bahawa risiko kebuluran dan penyakit semakin meningkat, dengan hampir separuh juta penduduk kini berada dalam keadaan malnutrisi dan kelaparan akut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


