awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampasan kuasa: Akses Facebook, Instagram dan WhatsApp di Myanmar disekat

Agensi
Agensi
04/02/2021
04:41 MYT
Rampasan kuasa: Akses Facebook, Instagram dan WhatsApp di Myanmar disekat
Menurut seorang jurucakap Facebook, perkara itu disedari selepas beberapa akses pengguna terganggu. - Gambar fail/REUTERS
FIRMA teknologi gergasi Amerika Syarikat, Facebook mendakwa perkhidmatannya telah disekat di Myanmar selepas beberapa hari junta tentera melancarkan rampasan kuasa ke atas kerajaan awam di negara itu.
Menurut seorang jurucakap Facebook kepada AFP, perkara itu disedari selepas beberapa akses pengguna terganggu.
"Kami menyedari bahawa akses kepada Facebook kini terganggu untuk sebahagian individu.
"Kami menggesa pihak berkuasa untuk memulihkan hubungan itu bagi membolehkan penduduk di Myanmar boleh berkomunikasi dengan keluarga dan rakan mereka serta mendapatkan akses tentang maklumat penting," ujarnya.
Laman sosial itu menjadi platform komunikasi popular di negara itu termasuk kementerian-kementerian dalam kerajaan Myanmar untuk mengeluarkan kenyataan.
Dalam pada itu, NetBlocks yang juga pertubuhan bukan kerajaan yang memantau perkhidmatan internet seluruh dunia memaklumkan penyedia perkhidmatan di negara itu mengambil tindakan menyekat atau menghalang akses aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp.
"Produk Facebook yang disediakan oleh pelbagai penyedia perkhidmatan internet kini disekat di Myanmar ketika pihak pengendali (perkhidmatan itu) mematuhi arahan sekatan," kata pertubuhan itu.
Isnin lalu, dunia digemparkan dengan tindakan tentera Myanmar apabila menahan pemimpin Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi dan beberapa pemimpin politik kanan negara itu.
Tindakan rampasan kuasa itu dilakukan susulan dakwaan berlaku penipuan dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun lalu selepas NLD memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya itu.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Facebook
#Instagram
#WhatsApp
#pilihan raya
#Myanmar
#pilihan raya umum
#kerajaan
#rampasan kuasa
#Penipuan pilihan raya
#pemimpin
#Internet
#aplikasi
#junta tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan