INTERNATIONAL
Rampasan kuasa: Duta Myanmar ke PBB dipecat
Moe Tun memohon komuniti antarabangsa bertindak untuk mengembalikan semula demokrasi di Myanmar. - Foto REUTERS
NEW YORK: Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dipecat susulan kenyataan terbukanya mengecam junta tentera.
Dalam ucapan penuh emosi, Kyaw Moe Tun berkata, tiada pihak yang harus bekerjasama dengan kerajaan junta sehingga kuasa dikembalikan kepada pemerintah yang dipilih secara demokratik.
Pada Sabtu, Moe Tun secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku di negara itu dan memohon komuniti antarabangsa bertindak untuk mengembalikan semula demokrasi di Myanmar.
Pada Sabtu juga, pihak berkuasa meningkatkan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan.
Setakat ini, media tempatan melaporkan puluhan penunjuk perasaan ditahan dan seorang wanita ditembak di bandar Monwya.
Junta tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu, selepas menahan barisan pemimpin kerajaan, termasuk Aung San Suu Kyi.