DUNIA
AS rancang kenakan bayaran AS$100,000 untuk visa H-1B

Pentadbiran Donald Trump dilapor sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan bayaran sehingga AS$100,000 (kira-kira RM472,000) bagi setiap permohonan visa H-1B. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilapor sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan bayaran sehingga AS$100,000 (kira-kira RM472,000) bagi setiap permohonan visa H-1B, langkah yang dijangka memberi kesan besar kepada syarikat teknologi dan firma antarabangsa yang bergantung kepada tenaga kerja mahir asing.
Visa H-1B sebelum ini menjadi pilihan utama syarikat gergasi teknologi seperti Google, Microsoft dan Meta untuk mengambil pekerja dalam bidang berkemahiran tinggi, termasuk kejuruteraan perisian, kecerdasan buatan (AI) dan sains data.
Bagaimanapun, cadangan bayaran baharu itu menimbulkan kebimbangan ia akan mengehadkan akses syarikat kepada tenaga pakar global, sekali gus boleh menjejaskan daya saing sektor teknologi AS.
Langkah itu juga dilihat sebagai sebahagian daripada dasar imigrasi baharu pentadbiran Presiden Donald Trump yang lebih ketat terhadap pekerja asing.Setakat ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dan Perkhidmatan Kewarganegaraan serta Imigresen AS (USCIS) belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung cadangan berkenaan. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami