awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS rancang kenakan bayaran AS$100,000 untuk visa H-1B

Agensi
Agensi
19/09/2025
23:50 MYT
AS rancang kenakan bayaran AS$100,000 untuk visa H-1B
Pentadbiran Donald Trump dilapor sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan bayaran sehingga AS$100,000 (kira-kira RM472,000) bagi setiap permohonan visa H-1B. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilapor sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan bayaran sehingga AS$100,000 (kira-kira RM472,000) bagi setiap permohonan visa H-1B, langkah yang dijangka memberi kesan besar kepada syarikat teknologi dan firma antarabangsa yang bergantung kepada tenaga kerja mahir asing.
Visa H-1B sebelum ini menjadi pilihan utama syarikat gergasi teknologi seperti Google, Microsoft dan Meta untuk mengambil pekerja dalam bidang berkemahiran tinggi, termasuk kejuruteraan perisian, kecerdasan buatan (AI) dan sains data.
Bagaimanapun, cadangan bayaran baharu itu menimbulkan kebimbangan ia akan mengehadkan akses syarikat kepada tenaga pakar global, sekali gus boleh menjejaskan daya saing sektor teknologi AS.
Langkah itu juga dilihat sebagai sebahagian daripada dasar imigrasi baharu pentadbiran Presiden Donald Trump yang lebih ketat terhadap pekerja asing.
Setakat ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dan Perkhidmatan Kewarganegaraan serta Imigresen AS (USCIS) belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung cadangan berkenaan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#visa H-1B
#bidang berkemahiran tinggi
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan