awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan

Bernama
Bernama
05/02/2025
21:45 MYT
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
Israel telah membunuh hampir 70,000 rakyat Palestin sepanjang lebih 15 bulan perang genosidnya terhadap kawasan enklaf yang dihuni 2.3 juta orang itu. - Gambar fail/BERNAMA
NEW DELHI: Afghanistan mengkritik kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai pengusiran rakyat Palestin dari Gaza, dengan menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang boleh menimbulkan kebencian dalam kalangan umat Islam.
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan dalam satu kenyataan pada Rabu.
Trump mencadangkan pemindahan penduduk Gaza ketika beliau menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House, pada Selasa.
Kenyataan beliau telah menimbulkan kebimbangan global dan ditolak keras oleh negara-negara lain, termasuk negara yang bersekutu dengan AS di rantau itu.
Afghanistan berkata "rancangan sedemikian bukan sahaja mencerminkan niat jahat rejim Zionis, tetapi juga mencetuskan kemarahan yang meluas dalam kalangan umat Islam" sambil menyebabkan ketidakstabilan serantau yang lebih meluas.
Kumpulan Palestin Hamas mengecam rancangan Trump sebagai "tidak masuk akal" dan "bermusuhan."
Israel telah membunuh hampir 70,000 rakyat Palestin sepanjang lebih 15 bulan perang genosidnya terhadap kawasan enklaf yang dihuni 2.3 juta orang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Afghanistan
#Amerika Syarikat ambil alih Gaza
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan