Ratu Elizabeth II mangkat: Suasana suram menyelubungi penduduk di London

Astro Awani
September 9, 2022 21:45 MYT
Orang ramai dilihat berpusu-pusu ke pintu Istana Buckingham untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II pada Jumaat. - Foto AP
HARI yang suram bagi penduduk London apabila loceng dibunyikan di serata bandar dengan orang ramai berpusu-pusu ke pintu Istana Buckingham untuk memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II pada Jumaat.
Susulan kemangkatan monarki Britain yang paling lama menduduki takhta dalam sejarah negara itu pada Khamis, putera sulung baginda, Raja Charles III, dinobatkan raja baharu Britain.
BACA: Ratu Elizabeth II mangkat
BACA: Raja Charles III perbaharui pengabdian Ratu Elizabeth II, ikrar berkhidmat seumur hidup
Ketika negara itu memulakan tempoh berkabung selama 10 hari, orang ramai dari seluruh dunia berkumpul di kedutaan Britain untuk memberi penghormatan.
Bendera juga dikibarkan pada separuh tiang dan potret Ratu Elizabeth II yang mangkat pada usia 96 tahun memenuhi ruangan papan tanda di serata bandar.
Sementara itu, pemandu teksi berbaris dengan meletakkan teksi berwarna hitam dalam satu barisan sebagai tanda menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Menurut salah seorang pemandu teksi itu, mereka melakukan perkara itu sebagai tanda penghargaan kepada Ratu Elizabeth II yang menjadi figura penting dalam hidup mereka.
Ratu Elizabeth II telah menduduki takhta diraja sejak tahun 1952, tempoh paling lama pernah direkodkan dalam mana-mana sistem monarki British.
#Ratu Elizabeth II #Istana Buckingham #penghormatan #Raja Charles III