awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth II mangkat

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
08/09/2022
17:37 MYT
Ratu Elizabeth II mangkat
Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland.
PEMERINTAH paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan).
Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, kata kenyataan Istana Buckingham.
Serentak pengumuman ini, bendera di United Kingdom (UK) serta 15 Alam Komanwel di mana Ratu Elizabeth II menjadi ketua negara diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda .
BACA: Ratu Elizabeth II diletak bawah pemantauan kesihatan, kerabat bergegas untuk bersama
Terdahulu, Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan mengenai tahap kesihatan Ratu Elizabeth pada sekitar tengah hari waktu tempatan.
Kenyataan itu menyebut baginda dalam pemantauan kesihatan.
Menyusul kenyataan itu, anggota kerabat diraja, antaranya Putera Charles (kini Raja Charles) dan Puteri Anne, dilapor berangkat ke Istana Balmoral, untuk bersama-sama baginda.
Ratu Elizabeth atau Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton St, London, pada 21 April 1926.
Ratu Elizabeth adalah ratu pemerintah kepada 15 negara termasuk UK, Australia, Kanada, New Zealand, Jamaica, Antigua dan Barbuda, Bahamas, Belize, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, St Kitts dan Nevis, St Lucia, St Vincent dan Grenadines dan Tuvalu.
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#mangkat
#meninggal dunia
#Queen Elizabeth II
#london bridge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan