Ratusan berarak di Los Angeles bantah tindakan keras Iran

Orang ramai berarak sebagai tanda sokongan kepada protes di seluruh negara terhadap pihak berkuasa Iran, di Los Angeles, California, AS, 18 Jan 2026. REUTERS
RATUSAN penunjuk perasaan berarak di pusat bandar Los Angeles pada Ahad bagi mengecam tindakan keras pihak berkuasa Iran terhadap siri demonstrasi yang tercetus sejak akhir Disember lalu.
Ringkasan AI
- Penunjuk perasaan berarak di Los Angeles mengecam tindakan keras Iran terhadap demonstrasi yang bermula sejak Disember lalu.
- Peserta perhimpunan menuntut perubahan di Iran dengan membawa bendera dan sepanduk bertulis "Make Iran Great Again" sebagai tanda solidariti.
- Rakyat Iran di luar negara berharap bantuan dari Eropah dan Amerika Syarikat serta percaya rejim Iran akan runtuh, membolehkan mereka pulang ke tanah air.
"Mereka telah dibunuh dengan cara yang paling kejam, dan keadaan itu amat menyedihkan. Darah yang begitu banyak menyebabkan pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk membersihkan darah yang mengalir dari hospital ke jalan. Keadaannya benar‑benar amat buruk," katanya.
Seorang lagi penunjuk perasaan, Puran Jahanvi, menyatakan bahawa kumpulan itu memerlukan bantuan semua pihak termasuk Eropah dan Amerika Syarikat serta berharap Presiden Donald Trump menunaikan janji beliau.
"Kami memerlukan bantuan Eropah. Kami memerlukan bantuan Amerika. Kami berharap kepada Presiden kami, Tuhan memberkati Presiden Trump dan berharap beliau menunaikan janjinya. Kami benar‑benar memerlukan anda," katanya.
Dalam masa sama, Russell Rasoul pula menyatakan keyakinannya bahawa rejim Iran akan tumbang dan rakyat di perantauan akan dapat pulang ke tanah air.
"Kami sangat optimis bahawa rejim ini akan tumbang dan kami akan dapat pulang ke negara kami. Adalah sesuatu yang membanggakan apabila melihat generasi muda yang berada di sini, walaupun tidak pernah melihat Iran, namun mereka tetap berjuang untuk Iran.
"Mereka berada di sini untuk menuntut perubahan terhadap rejim Iran. Rejim kezaliman ini mesti berakhir. Ini adalah penghujung bagi rejim tersebut," katanya.
Pada Sabtu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyalahkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, atas gelombang protes yang menurut kumpulan hak asasi telah mengakibatkan lebih 3,000 kematian.
Protes di Iran bermula pada 28 Disember susulan tekanan ekonomi yang semakin meruncing sebelum berkembang menjadi demonstrasi besar-besaran yang menuntut pemerintahan ulama di republik tersebut berakhir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


