PARIS: Ratusan ribu penganut Katolik berhimpun di Paris dan Lourdes bagi menyertai program keagamaan bersama Pope Leo XIV sempena lawatan empat hari beliau ke Perancis.
Pada Sabtu, Pope Leo XIV memimpin upacara keagaam terbuka di Place de la Concorde, Paris, yang dihadiri kira-kira 700,000 orang, menjadikan sebahagian ibu negara Perancis itu seolah-olah sebuah "katedral terbuka" yang besar.
Acara itu merupakan kemuncak lawatan Pope Leo XIV ke Perancis dan menarik kehadiran ratusan ribu penganut Katolik dari pelbagai negara.
Selepas upacara di Paris, Pope Leo XIV berlepas ke Lourdes, sebuah bandar suci yang menjadi destinasi utama ziarah penganut Katolik.
Di sana, beliau berdoa di Gua Penampakan yang dipercayai menjadi lokasi penampakan Virgin Mary pada abad ke-19.
Beliau dijadual memimpin satu lagi misa di Lourdes pada Ahad.
Sementara itu, Presiden Perancis Emmanuel Macron yang bertemu Pope Leo XIV pada Jumaat tidak menghadiri acara awam pada Sabtu.
Menurut laporan, keputusan itu diambil bagi mengelakkan sebarang tanggapan bahawa beliau melanggar prinsip pemisahan antara agama dan negara yang diamalkan secara ketat di Perancis.
Lawatan Pope Leo XIV dilihat sebagai acara keagamaan terbesar di Perancis tahun ini, dengan kehadiran ratusan ribu penganut yang membanjiri lokasi-lokasi utama sepanjang program berlangsung.