awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026
Had tempoh PM buka ruang ketengahkan pemimpin muda - Penganalisis
Ekonomi capai puncak akhir 2026, tetapi pendapatan tidak naik sama - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RCEP langkah besar dan isyarat penting buat negara Asia - PM Singapura

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
19/11/2020
07:35 MYT
RCEP langkah besar dan isyarat penting buat negara Asia - PM Singapura
Lee Hsien Long berkata, pemeterain tersebut menghantar isyarat penting bahawa negara-negara di Asia mahu meningkatkan integrasi serantau - Gambar AP
KUALA LUMPUR:Singapura menyifatkan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sebagai langkah besar pada masa depan selepas lapan tahun rundingan.
Perdana Menterinya, Lee Hsien Long berkata, pemeterain tersebut menghantar isyarat penting bahawa negara-negara di Asia mahu meningkatkan integrasi serantau.
"(Selain itu), (negara-negara Asia) mahu memperluaskan perdagangan dan berazam untuk bekerja bersama-sama serta (menikmati) kesejahteraan sebagai sebuah kumpulan.
"Tidak kira apa yang berlaku kepada dunia, di Asia, (kami) berazam untuk bersama dan menikmati kemakmuran bersama. Dan saya rasa, ia satu signal yang sangat baik," katanya dalam Dialog CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Malaysia 2020, pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab soalan moderator, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Perniagaan Singapura, Ho Meng Kit.
Ho meminta penjelasan sejauh mana APEC terkesan dengan keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dan perjanjian RCEP.
Mengulas lanjut, Hsien Long bagaimanapun menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan India menarik diri daripada menyertai perjanjian RCEP.
Beliau berharap India akan kembali menandatangani perjanjian tersebut pada masa akan datang.
Ini kerana, jelas Hsien Long, RCEP dijangka turut mampu memangkin strategi ekonomi India untuk jangka masa panjang.
"Tetapi mereka ada pertimbangan politik, dan saya memahami (perkara itu)," ujarnya.
Terdahulu, 15 negara mengambil bahagian dalam RCEP.
Negara yang turut serta termasuklah 10 negara anggota ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, Australia serta New Zealand.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Singapura
#Amerika Syarikat
#RCEP
#China
#Korea Selatan
#Dialog CEO APEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan