awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rejim Pyongyang mungkin 'berakhir' jika guna senjata nuklear

Bernama
Bernama
21/07/2023
09:51 MYT
Rejim Pyongyang mungkin 'berakhir' jika guna senjata nuklear
Seoul mengeluarkan amaran itu sebagai tindak balas terhadap kenyataan Pyongyang mengenai kemungkinan berlakunya konflik nuklear. - AP
SEOUL: Rejim Pyongyang mungkin "berakhir" jika Korea Utara menyerang menggunakan senjata nuklear, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam amarannya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Seoul mengeluarkan amaran itu sebagai tindak balas terhadap kenyataan Pyongyang mengenai kemungkinan berlakunya konflik nuklear.
"Akan ada tindak balas segera, besar-besaran dan tegas daripada perikatan sekiranya Korea Utara menyerang dengan senjata nuklear," lapor Yonhap, memetik kementerian itu.
Pada Khamis, Korea Utara mengkritik ketibaan kapal selam nuklear Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan dengan berkata langkah itu secara praktikal mencetuskan krisis konflik nuklear paling teruk.
Korea Utara turut menuduh AS melakukan "pemerasan nuklear secara terang-terangan".
Ketegangan di Semenanjung Korea baru-baru ini kian memuncak. Korea Utara menguji peluru berpandu berkeupayaan nuklear beberapa kali tahun ini.
AS merancang bertemu dua sekutu Asianya, Jepun dan Korea Selatan, pada sidang kemuncak bulan Ogos nanti, dengan konflik Korea Utara berkemungkinan menjadi agenda utama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#senjata nuklear
#Korea Selatan
#rejim pyongyang
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan