ARKANSAS: Seorang remaja berusia 18 tahun di Arkansas, Amerika Syarikat, telah dipilih menjadi Datuk Bandar kulit hitam termuda di negara itu.
Jaylen Smith baru sahaja menamatkan sekolah menengah pada bulan Mei.
Selasa lalu, dia telah diundi untuk memimpin pekan kecil bernama Earle, 48 kilometer di barat Memphis, Tennessee.
"Ibu saya tidak boleh berhenti menangis," kata Smith kepada Washington Post.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya kerana meningkatkan usaha untuk menarik orang ramai ke pilihan raya. Saya benar-benar berterima kasih kepada anda semua," katanya.
Smith berazam untuk menambah baik pasukan polis, membaiki sistem perparitan bandar dan menangani isu rumah terbiar selain turut merancang untuk membawa sebuah kedai runcit besar, selepas satu-satunya kedai seumpama itu di bandar berkenaan ditutup tahun lalu.
Semasa di sekolah menengah, beliau berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pelajar dan beberapa peranan kepimpinan dalam kelab-kelab sekolah.
"Anda perlu bermula di suatu tempat untuk melakukannya. Saya tidak mahu menunggu usia 30 atau 40 dan menjadi datuk bandar sedangkan saya boleh menjadi datuk bandar sekarang," katanya lagi.
Semasa kempennya, Smith menerima bimbingan dan nasihat daripada Datuk Bandar Little Rock, Arkansas, Frank Scott Jr.
Scott Jr, yang juga presiden Persatuan Datuk Bandar Afrika-Amerika, berbangga dengan kemenangan Smith.
"Saya teruja bagi pihak Smith dan seluruh komuniti di Earle kerana dia menjadi Datuk Bandar Afrika-Amerika termuda yang dipilih di negara ini.
"Saya berbangga dengan kesediaannya untuk memasuki perkhidmatan awam pada usia yang begitu muda dan matlamat aspirasinya untuk bandar itu," katanya kepada CNN.
Smith merancang menyambung pelajaran di Arkansas State University Mid-South untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pendakwa raya, dan pada masa yang sama, memberi tumpuan terhadap tugasannya sebagai datuk bandar.
Astro Awani
Sat Dec 10 2022

Smith telah diundi untuk memimpin pekan kecil bernama Earle, 48 kilometer di barat Memphis, Tennessee. - Foto Twitter/Andrew Epperson

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Tunjuk Perasaan | Puluhan ribu warga pendidik berhimpun
Berpuluh-puluh ribu guru dan warga pendidik awam di Portugal mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut keadaan pembelajaran di sekolah yang lebih baik, gaji yang berpatutan dan penghormatan terhadap kerjaya mereka.

Politik | Jeneral bersara NATO Presiden baharu Republik Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya yang diadakan pada Sabtu.

Banjir | New Zealand tanggung tahap kemusnahan yang teruk
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas banjir besar melanda seluruh bandar Auckland, ekoran hujan lebat yang berterusan selama dua hari sejak Jumaat.

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Reaksi Ku Li | Pemecatan ahli kerana langgar disiplin adalah perkara biasa
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Remaja 18 tahun dipilih sebagai datuk bandar di AS
Smith telah diundi untuk memimpin pekan kecil bernama Earle, 48 kilometer di barat Memphis, Tennessee.