awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja Indonesia terdedah risiko, ibu bapa tidak sedar aktiviti dalam talian anak

Bernama
Bernama
18/09/2025
21:45 MYT
Remaja Indonesia terdedah risiko, ibu bapa tidak sedar aktiviti dalam talian anak
Daripada 65 juta kanak-kanak di bawah umur 14 tahun, kira-kira 70 peratus sudah pun menjadi pengguna aktif Internet. - Gambar hiasan
JAKARTA: Lapan daripada 10 ibu bapa di Indonesia tidak menyedari aktiviti dalam talian anak mereka, sekali gus mendedahkan jutaan pengguna Internet muda kepada risiko lebih tinggi di ruang digital, demikian menurut amaran Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital negara itu.
Menterinya, Meutya Hafid berkata daripada 65 juta kanak-kanak di bawah umur 14 tahun, kira-kira 70 peratus sudah pun menjadi pengguna aktif Internet.
"Lebih 226 juta penduduk, atau hampir 81 peratus daripada keseluruhan populasi, kini berada dalam talian dengan purata penggunaan lapan jam dan 40 minit sehari.
"Ini cabaran besar. Antara penyelesaiannya adalah melalui inisiatif literasi digital secara besar-besaran," katanya dalam kenyataan.
Meutya menegaskan bahawa kementerian tidak dapat menangani lambakan maklumat dalam talian secara bersendirian, justeru kerjasama rapat dengan media amat penting untuk meningkatkan literasi digital di semua lapisan masyarakat.
Beliau mengakui mesej awam daripada media lebih cepat sampai kepada orang ramai berbanding daripada kerajaan.
"Media menafsirkan isu ini dengan lebih pantas daripada kerajaan. Kita perlu saling melengkapi dan bekerjasama, khususnya dalam literasi, di tengah era digital yang semakin kompleks," katanya.
Meutya turut menekankan kemunculan pesat kecerdasan buatan (AI) yang berkembang lebih pantas berbanding teknologi lain, dengan merujuk kepada pelantikan seorang "menteri" AI di Albania.
Albania menjadi negara pertama di dunia melantik "menteri" kerajaan berasaskan AI, seorang pembantu digital bernama Diella, sebagai sebahagian daripada inisiatif Perdana Menterinya Edi Rama untuk membanteras rasuah dan meningkatkan ketelusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja Indonesia
#aktiviti dalam talian
#Internet
#Meutya Hafid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan