awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Revolusi Payung Hong Kong: Pemimpin pelajar elak hukuman penjara

Agensi
Agensi
15/08/2016
15:06 MYT
Revolusi Payung Hong Kong: Pemimpin pelajar elak hukuman penjara
Joshua, 19 tahun, dikenali sebagai penggerak revolusi 'Occupy Central' kini dikenali sebagai Revolusi Payung Hong Kong yang mengetuai gerakan pelajar besar-besaran bagi menuntut pilihan raya yang bersih daripada bekas koloni British itu.
Tiga pemimpin pelajar protes pro-demokrasi Hong Kong terlepas dari hukuman penjara atas tuduhan menghasut dan menyertai perhimpunan haram pada tahun 2014.
Mahkamah Majistret sebaliknya menjatuhkan hukuman perkhidmatan komuniti ke atas mereka.
Majistret, June Cheung menjatuhkan hukuman 120 jam perkhidmatan komuniti kepada Joshua Wong dan Alex Chow.
Alex menerima tambahan penjara tiga minggu, namun hukumannya ditangguhkan sehingga setahun.
Manakala, Nathan Law, menerima hukuman 80 jam perkhidmatan komuniti.
Bulan lalu, Mahkamah Hong Kong memutuskan bahawa Joshua dan Nathan didapati bersalah kerana menyertai perhimpunan haram itu.
Manakala Alex didapati bersalah menghasut orang ramai meruntuhkan pagar di hadapan kompleks kerajaan Hong Kong menjelang protes 2014.
Joshua, 19 tahun, dikenali sebagai penggerak revolusi 'Occupy Central' kini dikenali sebagai Revolusi Payung Hong Kong yang mengetuai gerakan pelajar besar-besaran bagi menuntut pilihan raya yang bersih daripada bekas koloni British itu.
Topic Berkaitan
#Joshua Wong
#Nathan Law
#Revolusi Hong Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan