awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan demonstrasi bantah dasar iklim kerajaan Jerman

Bernama
Bernama
21/09/2025
03:20 MYT
Ribuan demonstrasi bantah dasar iklim kerajaan Jerman
Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam pergerakan 'Fridays for Future' di Frankfurt, Jerman, 20 Sept 2025. (Foto AP)
BERLIN: Ribuan orang di seluruh Jerman berdemonstrasi pada Sabtu bagi menuntut lebih banyak perlindungan iklim sempena Hari Tindakan Global, lapor agensi berita Jerman dpa.
Penunjuk perasaan menuntut semua projek baharu gas asli di negara itu dihentikan, termasuk projek berhampiran Borkum di kawasan berdekatan Taman Negara Laut Wadden di Laut Utara.
Menurut pergerakan "Fridays for Future" yang menganjurkan demonstrasi itu, lebih 50,000 penyertaan direkodkan di lebih 80 bandar Jerman.
Di ibu negara Berlin, terdapat 4,300 peserta manakala Hamburg mencatat 5,000 penunjuk perasaan.
Namun, angka polis melaporkan hanya 3,000 peserta di Berlin dan 2,500 di Hamburg, selain kira-kira 1,500 orang di Munich.
Sepanduk protes turut mengkritik, antara lain, Menteri Ekonomi Katherina Reiche berhubung dasar tenaganya.
Gabungan pemerintah parti konservatif dengan Parti Demokrat Sosial menyasarkan pembinaan loji janakuasa gas berkapasiti sehingga 20 gigawatt menjelang 2030.
Loji tersebut bertujuan menggantikan tenaga arang batu apabila sumber tenaga boleh diperbaharui tidak dapat memenuhi permintaan elektrik.
Di peringkat antarabangsa, demonstrasi bagi menuntut perlindungan dan keadilan iklim turut berlangsung di beberapa negara, termasuk di Nairobi (Kenya), Jakarta (Indonesia), serta di luar Sydney Opera House (Australia).
Di London, puluhan ribu peserta dijangka menyertai perarakan protes menuntut cukai dikenakan ke atas golongan kaya dan syarikat yang merosakkan iklim bagi membiayai langkah perlindungan iklim serta perkhidmatan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#demonstrasi
#dasar iklim
#Penunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan