DUNIA
Ribuan penduduk berhimpun, bantah lawatan Presiden Israel di Sydney
Sebilangan peserta protes turut mengibarkan bendera Palestin dan memegang plakad sebagai tanda solidariti bersama mangsa kekejaman tentera Zionis. - Gambar REUTERS/Jeremy Piper
KUALA LUMPUR: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Sydney hari ini bagi membantah ketibaan Presiden Israel Isaac Herzog.
Ringkasan AI
Situasi bertambah tegang apabila anggota polis menggunakan penyembur dan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan.
Beberapa penunjuk perasaan turut ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota penguat kuasa.
Sebilangan peserta protes turut mengibarkan bendera Palestin dan memegang plakad sebagai tanda solidariti bersama mangsa kekejaman tentera Zionis.
Dalam pada itu, pihak berkuasa di Sydney mengisytiharkan lawatan Herzog sebagai acara utama dan diberi kuasa menggunakan kuasa khas.
Ini termasuk menghadkan akses kemasukan ke kawasan tertentu, mengarahkan orang ramai bersurai serta memeriksa kenderaan penduduk.
Seramai 3,000 anggota polis dikerahkan bagi menjamin keselamatan lawatan berkenaan.
Selaian itu, para penunjuk perasaan juga berdepan risiko ditahan sekiranya mereka menyertai protes dari Dewan Bandaran Sydney ke Parlimen New South Wales, yang berada dalam kawasan yang diwartakan sebagai zon dilindungi sepanjang lawatan Herzog.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah mahkamah di Sydney pada Isnin menolak tuntutan undang-undang terhadap sekatan ke atas demonstrasi yang difailkan Palestine Action Group, penganjur protes.
Herzog berada di Sydney dalam rangka lawatan empat harinya ke Australia dan dijangka ke Melbourne dan Canberra sebelum pulang ke Israel pada Khamis.
Dia melawat Australia minggu ini atas jemputan Perdana Menteri Anthony Albanese, selepas insiden tembakan pada 14 Disember tahun lalu di sebuah acara perayaan Hanukkah di Pantai Bondi, Sydney yang meragut 15 nyawa.
Herzog bersama isteri, Michal Herzog turut menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga bagi memperingati keluarga dan mangsa tragedi berkenaan.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Sydney menentang ketibaan Presiden Israel Isaac Herzog, menyebabkan keadaan tegang dengan penggunaan penyembur dan gas pemedih mata oleh polis.
- Beberapa penunjuk perasaan ditahan selepas pergolakan dengan anggota polis, sementara peserta protes menunjukkan solidariti dengan Palestin melalui bendera dan plakad.
- Pihak berkuasa di Sydney memberi kuasa istimewa kepada Herzog dengan sekatan kawasan, pengawalan akses dan 3,000 anggota polis untuk menjaga keselamatan, sementara mahkamah menolak tuntutan undang-undang terhadap sekatan demonstrasi Palestin.